25 August 2010

reminder for myself



diri ini berkeinginan
tetapi sabarlah wahai hati
perbanyakkan istighfar dalam menghadapi situasi ini
kisah kak zie, kak fatin serta kak ira menjadi contoh
agar dapat mengingatkan diri ini
bahawa ia lebih manis jika segalanya telah halal

yang dicari, walau bukan putera raja, biarlah putera agama..
yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati..
yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat..
yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam..
yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi..
kerana aku bukan siapa siapa, hanya wanita biasa..
itulah ketentuan sejak azali..

Allahumma sa'khirli zaujan solihan yakhtibuni wayatazauwajubi wayakunu sahibanli fiddunya waljannah~

No comments: