16 June 2010

menantu yang direstui


kisah mengenai adam (bukan nama sebenar) dan hawa (bukan nama sebenar)

hawa teringat suatu ketika dahulu, bondanya pernah pergi ke warung milik ibu bapa adam.. tiba tiba ayahanda adam bertanya "mana menantu saya? tak ikut sekali ke?" wahhh berbunganya hati hawa hanya Allah yang tahu..

kini adam dan hawa sudah terputus hubungan memandangkan hawa menyedari bahawa adam telah menyintai gadis yang lain. hawa mengetahui perkara ini melalui laman web social networking yang popular pada masa ini iaitu facebook.. hancur luluh dan remuk redam hati hawa mengenangkan perkara tersebut.. bersungguh sungguh dia menanti adam tapi adam dah ada orang lain.. dan akhirnya hawa pasrah dengan keadaan itu serta cuba melupakan adam walaupun cubaannya sia sia sahaja..

satu hari, bonda hawa dan bonda adam bertemu di majlis kenduri kahwin di kampung mereka.. mereka rancak bercerita tentang anak dara dan anak teruna masing masing.. bonda adam mengatakan bahawa anakandanya sangat baik dan sentiasa patuh dengan arahannya.. hal ini kerana dia tidak berapa suka jika adam berkawan rapat dengan orang kelantan kerana baginya kalau mahu berkahwin tu carilah orang yang sudah diketahui latar belakangnya seperti hawa.. (orang kelantan jangan kecik hati ye) kebetulan pula gadis yang adam cintai itu berasal dari kelantan.. dan adam berkata kepada bondanya bahawa dia cuma berkawan dengan gadis itu.. tak lebih pun.. bagi hawa ini adalah dusta semata mata kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa segala status adam di facebook hanya berkisarkan tentang gadis itu.. pastilah sudah lebih daripada kawan.. akan tetapi bonda adam menafikan perkara ini dan menyatakan bahawa adam berperilaku sedemikian hanya kerana mahu membakar perasaan hawa, mahu buat hawa cemburu.. ahh, hawa tetap tak percaya walaupun hati hawa berbunga bunga mendengar cerita bonda adam yang diceritakan oleh bondanya.. kemudian adam ada memberitahu kepada bondanya bahawa dia rasa rendah diri dengan hawa.. wth betol lah.. "alaa, hawa tu dulu kan berpindah randah, belajar kat sana, then belajar kat tempat lain lagi, mesti lah ada seseorang dalam hatinya.. kita ni siapa, dia tu siapa.." hawa rasa seperti mahu menyepak laju laju si adam kerana berkata sebegitu walhal adam lebih bagus daripada hawa.. hawa berkata dalam hati, "kalau dah tak suka tu cakap je la, nak bagi alasan banyak pulak kat bonda dia.. grr"

dan sekarang hawa hanya membiarkan perkara itu berlalu seperti angin yang ditiup sang bayu.. tapi kadang kadang hawa terbayang bahawa dia terpaksa kahwin dengan adam kerana dialah menantu pilihan yang direstui oleh ayahanda dan bonda adam..

ohh imaginasi hawa sangat melampau
=.=

6 comments:

izrin_anis said...

sedey nye kesah hawe ni...huu
bwk sabaw eh...=)

safiamira said...

hehe.. hawa sedang bersabar dan cuba utk redha dgn segala yg berlaku.. =)

Khairi said...

er...
cik hawa......
huhuhuh...
sabar...


izrin...sabaw eh?? hahaha

safiamira said...

keiry, thankz..

Mira Aida said...

ramai yg kata jgn kwn dgn budk kelantan...knp??

safiamira said...

i dont know
maybe sebab selalunya orang kelantan ni nak anak dia kawen dgn org kelantan gak.. jadi yg org luar ni kena berhati2 agar tidak jatuh hati dgn org kelantan.. lol
ni hanya persepsi saya =)