27 May 2010

trip to MJSC Kepala Batas

assalamualaikum

mahu tulis tentang perkara2 yang happy2. yang sedih simpan je la. cuma nak cakap, kalau orang dah tolong tu cakap terima kasih ye. jangan nak ikut suka hati tolak pertolongan tu. sebab bukan aku seorang yang tolong, ni melibatkan orang lain juga. lagi satu, kau tu puteri raja ke nak kena pujuk2 bagai baru nak pergi? boleh blah la weyh! alamak, tertulis pulak yang sedih2, ni semua kau punya pasal. walaupun kau tak baca. huhh. result 4flat tapi kalau perangai macam ni tak guna jugak. teruskanlah dengan perangai kau. kalau satu hari nanti ada orang buat macam ni kat kau baru kau rasa apa yang aku rasa. err, sudah2. merepek je tulis pasal kau.

ahaa, malam semalam aku pergi maktab sebab mahu ambil sijil SPM. pergi dengan Safiqah, Nabilah, Khadijah dan adik Khadijah yang ponteng sekolah sebab nak join sekali. hehe.

Penang dah berubah. tu kesimpulan yang aku buat selepas setahun lebih tak menjejakkan kaki ke sana. kalau dulu dari Butterworth nak pergi maktab kena naik teksi tapi sekarang dah boleh naik bas Rapid Penang yang bernombor 601 atau 604 tapi kena turun kat pekan Kepala Batas dulu then naik bas nombor 610 untuk pergi ke maktab. sebelum sampai ke maktab, aku nampak noodle station kat area Bertam. perghh, senang la kalau outing boleh makan kat situ. lepas tu, SBP pun dah buka. dulu masa aku sekolah kat situ still under construction lagi.

masuk je pintu pagar, lepas mendaftarkan diri kat pondok pengawal, kitorang decide tempat pertama yang mahu dituju adalah toilet kerana terlalu nervous. haha. tapi tak pergi pun. sebab nak dekat sampai foyer tu adik2 yang sama batch dengan kami yang sekarang dah form 4 dah nampak kelibat kami pastu pandang2. hee. dorang ingat lagi kat kitorang. terharu. ececehh.

mula2 mesti la pergi pejabat. jumpa cikgu Norsham. makin tembam cikgu add math ni. hehe. tapi kena tunggu kejap, so kitorang pergi koop dulu. makcik2 koop pun ingat lagi, tapi bukan ingat kat aku la. dorang ingat kat Khadijah sebab dia cun. hehe. pastu pergi DS a.k.a dewan selera. nampak la budak2 form 5 tengah bertungkus lumus jawab exam kat dewan. duduk2 kat DS, junior2 semua pandang2. haha. buat muka tak malu je la.

then jalan2, duduk2 kat foyer. jumpa cikgu Julia yang ajar chemistry. kemudian pergi pejabat balik ambil sijil. duduk kat situ lama2 sebab mahu rasa aircond. hehe. pergi jabatan bahasa dan sains tapi mostly ramai cikgu yang takde sebab jaga exam. jumpa cikgu Al-Hana, cikgu Suriyati, cikgu Syuhailawati, miss Wan Azlina and sir Rohaizad. pergi jabatan matematik dan sains sosial pulak. mencari kelibat ummi Che Som a.k.a homeroom aku tapi dia ada meeting. so jumpa cikgu Chempaka, cikgu Ummi, cikgu Suriza dan cikgu Shazwina.

dah penat jalan2, minum jap kat cafe. lepas tu nampak cikgu2 dah habis meeting. apa lagi, serbu la mereka. hehe. masa jumpa ummi macam buat jejak kasih pulak. syahdu je. haha. sebab aku tak contact dia langsung. jahat tak aku? heee. sampai dorang asyik perli je, mira mesti tak sabar2 nak jumpa ustazah. pastu nampak kereta ummi pun perli aku jugak. adehh. borak2 kejap pastu dia ajak datang rumah. yela, aku kan dulu rajin pergi rumah dia. hehe. tapi tak dapat datang sebab kesuntukan masa. huhu.pastu jumpa abi Shidi a.k.a homeroom angkat time ummi tengah busy dulu. dia still ingat kat aku. wahaha. "ni anak ustazah kan?" dia tanya. ewah2, terharu pula. hehe. borak2 dengan ustaz Mursyid sekali.

and lastly, jumpa papa Nabilah a.k.a homeroom dia iaitu cikgu Azmi yang terkenal dengan kegarangannya. tapi baik gler cikgu ni. anak dia nak masuk tiga. borak2 pastu cikgu ajak makan dengan dia kat DS. kitorang pun malu2 kucen. tapi takpe la kan, dapat save duit makan. hehe. masing2 rindu dengan sinki DS yang selalu bertakung dan nak makan guna tray. tapi kitorang makan guna pinggan je la sebab duduk meja warden takkan nak makan guna tray plak kan. time makan2 tu budak2 lain pun dok sibuk beratur nak amik makanan. then nampak Huda, adik homeroom aku. tapi Sharifah takde sebab dia pindah MRSM TGB. cikgu Azmi cakap dia nak balik KL petang tu. perghh awat cikgu tak cakap awal2 sebab kitorang dah beli tiket bas. huhu. kemudian cikgu cakap nak hantarkan sampai pekan. eh kitorang yang minta tolong sebenarnya. hehe. jimat duit lagi. terima kaih cikgu!

pergi surau tengok2 dah ada aircond. wahhhhhh. tapi pasang time maghrib je. awat tak pasang time zohor sekali. huhu. kat surau jumpa sorang lagi adik homeroom, Shakirah. pastu budak2 second batch pun ada yang kenal lagi. kalau yang third batch tu memang la tak kenal. hehe. but still bagi salam time jumpa. bagus2. pukul 2 cepat2 pergi DS balik sebab mahu tumpang cikgu untuk pergi pekan. cikgu pelawa nak hantar sampai KL tapi kitorang terpaksa menolak sebab segan la. hehe.

dah sampai pekan tu, bas plak lambat. adehh. dah la kitorang nak kejar masa sebab bas gerak dari Butterworth pukul 4. bas ni boleh plak berhenti turunkan dan ambil penumpang. adehh. sabar2. then sempat plak tidur dalam bas. hehe. penat gler kot, lenguh kaki jalan2 round maktab. kitorang sampai Butterworth pukul 3.45. perghh nasib baik sempat. pastu dalam bas pun tidur je kerja. haha. perjalanan lebih kurang macam dari Kuantan tapi jauh lagi la, tu yang asyik tidur je. bas berhenti kat Simpang Pulai. bleh plak jumpa Amirul Aiman. haha. kat maktab tak jumpa pun even dah nampak nama dia kat buku pelawat time kat pondok guard. dia nak rush kot. now dia study kat KMB. tahniah la ye.

sampai Shah Alam dalam pukul 9.30 malam. hantar Safiqah pastu singgah rumah abang aku kejap then terus balik. lenguh kaki dan penat tak payah cakap la. malam tu tidur lena je tanpa terjaga langsung. selalu aku terjaga dalam kul 2 0r 3 pagi. tapi ni dah penat sangat, so lena je la kan. tapi tiba2 ada mimpi tak best plak. haihh, mengerikan je. huhu.

it was a very great journey. berbaloi la walaupun tiket train agak mahal plus tiket bas yang melambung2 harganya. cikgu2 semua very supportive. <3

maaf dan terima kasih pada yang berkenaan. =)

3 comments:

diyanah nabilah said...

jaoh siakkkkkk

a i n u said...

huhu..xsempat jumpa anda..

safiamira said...

dena, tau xpe.. tp demi sijil spm ku turutkan jua walaupun badai datang melanda.. haha

ainu, takde rezeki dear sbb nk cepat.. huhu.. maybe next time k.. =)