14 May 2010

dunia sekolah itu indah

assalamualaikum

entry khas untuk adik2 yang masih di bangku sekolah. ketahuilah bahawa dunia persekolahan itu sangat indah sebab kalau korang dah masuk universiti nanti korang akan rindu sekolah tak kira la sekolah rendah mahu pun sekolah menengah. macam akak sekarang. kalau boleh nak je putar balik masa supaya dapat kembali ke zaman persekolahan. zaman kanak2. takde masalah macam sekarang. sebab dulu fikir nak main je. paling2 pun fikir pasal homework.

ibu bapa pun kena la memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak2. contohnya, hari ni hari khamis. esok hari jumaat, hari persekolahan. malam tu tak payah la bawa anak2 keluar jauh2. setakat keluar makan tu boleh tahan lagi. ni keluar pergi shopping mall. penatlah budak2 tu. balik je mesti terus tidur. then tak buat homework. pastu tak pergi sekolah. terbaik sangat la kan? mak akak dulu jangan harap la nak bagi ponteng sekolah atas alasan tak siap homework. dulu pernah juga nak buat, buat2 sakit perut tak nak sekolah sebab tak siap homework. tak dapat nya. sebab akak tak reti nak tipu mak akak. dia mesti tahu whether cepat atau lambat.

lagi satu, sikit2 nak ponteng. sikit2 nak ponteng. alasan remeh je kot. tak siap kerja sekolah. pening kepala. alahai adik2 akak oi. tak sayang ke tertinggal pelajaran. dulu akak sanggup tak ponteng sebab nak dapat hadiah kehadiran penuh. haha. walaupun time tu dah habis exam akhir tahun. memang boleh dikira berapa orang je yang datang. then kalau ada event kat sekolah ada juga yang ambil kesempatan nak ponteng sekolah. alasannya kalau ada event, tak belajar. baik duduk rumah. memang la tak belajar. but at least appreciate la event yang cikgu2 buat khas untuk korang. lagipun mesti ada kenangan yang tak dapat dilupakan. time lower form dulu sanggup tak ponteng sebab nak usha senior. haha.

then pasal datang lambat. masa akak sekolah rendah dulu, habis sekolah pagi dalam pukul 1.05 tengah hari. pastu balik makan2 terus siap2. takdenye nak duduk lepak2. kalau hari jumaat tu takpe la kan. then dalam pukul 2 dah gerak pergi sekolah petang. akak tak suka datang lambat. sekarang je suka datang lambat ke kuliah sebab bangun lambat. haha. kan ada jadual bertugas. selalunya kena sapu sampah. sebab tu kena datang awal. antara sebab lain datang awal ialah supaya dapat mempuat preparation untuk subjek yang bakal dipelajari. okay, ayat poyo. haha. padahal sebab nak main2 sebelum loceng berbunyi. haha. tapi ada adik2 sekarang yang suka sangat datang lambat. pukul 2 baru nak siap2. kalau korang adik akak memang la dah kena marah. tapi sebab korang bukan adik akak, akak diam je la kan. marah dalam hati je. tu pun ngada2 nak ponteng lagi. padahal exam nak dekat dah kot. hailaa.

sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati. tapi...

ada ke adik2 yang baca blog akak ni?
haha

2 comments:

fiD said...

aku stju sgt!

lg2 kalu dok ostel...

safiamira said...

haha.. tau takpe..