18 April 2010

sebulan sudah bercuti


arr arrr
dah sebulan lebih bercuti
duduk di rumah saja
tiada apa yang menarik
cuma pergi Banting, balik kampung, dan Kuala Selangor
dalam masa sebulan ni ada la dalam 3 or 4 kali ulang alik pergi Kuala Selangor
jauhhh.. penatt..
tapi demi adik terchenta, sanggup juga ku redahi
wahahaha

hari ni baru rasa bosan dan boring yang amat sangat
sebab hari ni hari ahad
sebab semalam tak dapat join gath
sebab jumaat tak dapat pergi daurah
sebab tak dapat berfoya foya dengan makcik gedik
time dah nak cuti dulu
aku terbayang cuti ni best
dapat pergi sana
dapat pergi sini
pergi tengok wayang
pergi beach
pergi waterfall
last last
tak pergi mana mana pun
=.=
stress
nak keluar nak keluar
kalau aku berani, dah lama aku keluar
huuu

nak cerita sikit pasal Banting
semalam balik kampung, borak2 dgn makcik2
terkeluar la cerita pasal Uptown yang aku tak pernah jejak lagi tu
mereka cakap orang luar berpusu pusu nak pergi Banting
tapi orang Banting seperti mak aku dah tak kisah sangat
aku still kisah okay
contohnya seperti apabila makcik aku mentertawakan orang luar yang ambil gambar kat Pantai Batu Laut
bagi aku, takde benda sangat pun kat situ
tapi tempat tu pernah diadakan pertandingan perahu layar, jadi agak terkenal jugak la ye
percaya atau tidak
aku sebagai orang Banting tak pernah lagi pergi Bukit Jugra dan Istana Bandar
nak tulis lagi sekali
Uptown Banting yang almost setiap kali aku lalu setiap kali keluar pun tak jejak lagi
sedih sedih
boleh je nak pergi sendiri
tapi Uptown kan open waktu malam je
dan aku agak rabun malam
lagi satu, tak syok la kan kalau pergi sorang2

okay, sekarang mari kita lihat apa yang ada di Banting
tiada gambar sebab malas nak upload
korang google sendiri ye..hehe
Pantai Morib
Pantai Kelanang
Pantai Batu Laut
Istana Bandar, Jugra
Bukit Jugra
Kolej Mara Banting
Kolej Matrikulasi Selangor
Kolej Komuniti Kala Langat
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat
syurga kerepek (Fazz Enterprise, etc)

kesimpulannya Banting ni tak la mundur sangat
semua ada kecuali cinema
jadi kalau nak tengok wayang, tempat terdekat adalah Aeon Bukit Tinggi, Klang dan Alamanda Putrajaya.. selain itu bolehlah terus menghala ke Shah Alam atau Kuala Lumpur..
terpulang pada korang la nak pergi mana

lagi satu
isi yang semakin hangat sejak kebelakangan ini
kahwin muda
buat masa ni, ada 3 orang yang aku kenal dah kahwin dalam usia yang muda..
21 tahun
3 orang tu dah kira plural kan, jadi ramailah tu
kalau perempuan aku tak kisah sangat
ni lelaki
dua daripada 3 orang tu adalah lelaki
tapi both of them dah kerja, dah ada pendapatan tetap
kira okay la kan
tapi tapi tapi
camne ek dorang boleh dapat permission drpd parents?
aku nak jugakkkk kahwin muda
tapi takde calon lagi =.=
tapi lagi
it is hard for me to get the permission from my parents
T__T
makcik gedik sudah merancang untuk melangkah bendul kakaknya dengan alasan kakak beliau macam lambat je nak kahwin..
beliau cakap mungkin tahun depan ustaz nak hantar rombongan
wahahaha
tak baik taw langkah bendul
tapi itu hanya angan2 beliau
tengok je la aku macam mana nanti
sebab susah nak cari lelaki yang baik
sorry to say, but most of them suka ambil kesempatan dan mempermainkan perasaan gadis2
aku cakap berdasarkan pengalaman okay
tak perlu la tahu pengalaman aku sebab ianya sangat complicated
jadi, sekarang kita hanya boleh berdoa dan berusaha untuk menjadi solehah
usaha, usaha dan usaha!
moga tercapai apa yang diidamkan
=)

entri yang panjang ini terhasil atas rasa bosan yang amat sangat dan juga semangat nak promote Banting yang tiba2 muncul

nakkeluarnakkahwinnakkeluar!




11 comments:

fiD said...

lol!

dok umah pon boring, aku nak nga nak exam, aduh!

ermmm, mlayu je ade langkah bendul, ohoho

fiD said...

btw, gud luck yerk!

safiamira said...

fid
haha.. yup, melayu je ada langkah bendul.. all the best for ur exam k!!

nabilsyahmi said...

uptown banting.mlm mggu sgt ramai sebab smlm aku pegi sorang2.mcm org tak betul..hehe

safiamira said...

haha.. tu la pasal.. mak aku cakap dorang parking sampai nk dkt market.. lain kali ajak la member...

nabilsyahmi said...

haha,yup igt aritu nk amik gmba post kat blog, ye la first time banting ade uptown batak skit la..hehe

safiamira said...

haha.. then awat tak letak je? promote sikit..hehe

nabilsyahmi said...

haha..mggu ni try pegi lagi skali..mesti lagi ramai sebab gaji pun baru masyukk..uptown mesti buat function..haha

safiamira said...

owh yeke.. aku nak pegi, tp mak aku ckp kena tunggu adek aku balik... adehh

liyana said...

semoga mira cpat dpt jodoh yg baik..amin=)hek3

safiamira said...

lol yana
blushing la sy
hikss
thankz~