08 January 2010

pengakuan ikhlas di hari jumaat yg mulia

salam
haishh
mcm biasa la
time x on9 bapak byk bnde nk tulis
bila dh on9 tiba2 ketandusan idea plak
sengal sungguh

okay
pada pagi hari selepas bangun dr tidur yg indah lg nikmat
saya dah plan nk buat apa hari ni
perkara2 tersebut adalah
mandi
basuh baju.. cuba katakan tidak kepada dobi makcik depan kampus dan dobi bawah yg berharga rm2 menggunakan duit syiling.. sigh, sbb tak bawak tabung macam sharon..lol
pastu nk study
mana breakfast?? owh, sila faham kalau berada di kuantan amat payah utk breakfast... kalau di rumah bangun kul 10 pun tetap breakfast sbb bwh tudung saji sentiasa ada sebungkus nasi lemak atau nugget tempura khas utk saya yg comel.. terima kasih mak..
tapi apakan daya akibat kemalasan yg melampau, hasrat utk basuh baju terkubur begitu shj krn melihat cuaca yg kejap panas dan kejap mendung. oleh itu berazam utk membasuh pada ptg ini. sekarang jam menunjukkan pukul 6 dh aktiviti membasuh tak start lg.. haishh

okay, sambung cerita
selepas mandi, saya terus amik buku dan study
wahhh.. perubahan yg mengagumkan
kepada mama papa serta sanak saudara di kampung, sila berbangga dgn perubahan saya..
tetapi aktiviti study terpaksa dihentikan buat sementara waktu krn ingin mengisi perut yg telah berdendang menyanyikan lagu derita merindu..lol.. btw, terima kasih piqa sbb belikan nasi.
selepas makan disambung pula aktiviti serious discussion tentang kerjaya lawyer.. masing2 mengeluarkan pendapat yg tidak dpt dibantah.
kemudian sambung membaca buku
tp aktiviti ini terbengkalai juga akibat keinginan utk on9.. ya, rindu siot nk on9..
pastu tiba2 ada orang call number celcom
mula2 kata salah number
okay fine aku terima alasan kau
tp dpt meset plak cakap nk kenal
aku dh ckp x nak
tp kau x fhm bahasa melayu
dh cakap bahasa inggeris pun x fhm juga
nk aku ckp guna kaki plak ke
huhhh
kalau dulu bleh la
ya, zaman kegelapan satu ketika dulu
asal number x kenal je try kenal then kawan
oh sengalnya aku ketika itu
tp tu dulu
sekarang jgn harap la weyh
ish, rase nk menyumpah2 je
huhu

sedang stress memikirkan assignment dan test yg diberikan oleh lecturers tersayang
stress memikirkan tidak boleh pulang utk beberapa minggu kerana kesibukan
stress sbb terpaksa berjimat sejimat jimatnya
chill bebeyh
dont stress dont stress

rindu rindu rindu
terima kasih sahabat
sesungguhnya aku tidak la sekuat yg anda sangka

ohhh
dak matrik dah habis exam kan?
tapi apakah signifikannya klw mereka dah habis exam?
ada kaitan dgn cik mira yg comey lg baek ke?
haihhh
mesti la ade
kot
heh kalau awak bace ni
ketahuilah bahawa saya sangat rindu
kalau baek hati sila la datang kuantan krn saya rasa saya x dapat pulang ke kampung halaman yg kita cintai
tp saya tahu harapan saya hanya tinggal harapan
tapi xpe la
x salah pun kalau berharap
berhenti berharap juga x salah
ikut suka hati saya lah kan nk berharap atau berhenti berharap
heks. kalau awak pening baca ayat saya sila berehat skrg krn saya tahu awak x telan ubat.
saya juga tahu awak langsung tidak gunakan elaun awak semata2 nak pinang saya kan
terima kasih, saya hargainya dgn linangan air mata terharu
tapi saya nak awak tahu bahawa saya ternanti2 awak nk ajak saya kuar dan belanja saya makan serta belanja saya shopping dan bagi teddy bear yang sangat2 saya idamkan
serius, saya tunggu saat2 itu
tp memang menunggu je la
sebab saya tahu mamapapa takkan bagi keizinan saya utk kuar berdua dgn awak ataupun lelaki lain
hancur la harapan
apa kata awak terus masuk meminang. nanti lepas kawen boleh dating puas2.
boleh pegi pantai berdua2an tanpa gangguan dan risau krn rasa berdosa
awak awak awak awak
jangan curang ye

sy juga tahu sbg anak gadis yg baek hati bersopan santun lemah lembut berbudi pekerti serta sbg adek perempuan yg baek, saya harus menjaga nama baek keluarga tersayang
ya, sejujurnya agak tertekan dgn situasi ini
huuuuuuu.. jujur gler post saya pagi ini
harap tak ada yg terasa okay
ampun maaf dipinta sepuluh jari disusun walaupun raya dah habis
oleh itu telah berazam sesuatu tp memerlukan keazaman yg kuat utk melaksanakannya
huuu... bertahan mira, bertahan!!

kepada efainumirawany
ketahuilah bahawa saya sangat tak sabar nk jumpa kalian semua
<3 <3 <3 <3 <3

dan kepada kau
maafkan segala salah silap sepanjang kita kenal
lagi2 tika kesengalan aku meningkat
harap kau maafkan aku
krn aku hanyalah manusia, perempuan yg kau sangat tahu bahawa perempuan itu lemah pada zahirnya dan batin juga, mungkin

errr
banyak saya merepek
kalau rasa loya membaca sila la amik baldi ya
jangan muntah kt laptop anda
nnt anda juga yg rugi

okay2
last
/me mencuba mencari dan terus mencari
assalamualaikum~

2 comments:

norzila musman said...

giler pnjang ko pnye entry..fenin ak bace..huhu
nyway,ko pnye entry mkin besh n mkin lawak..ha3..
babe,ak pn miss u damn much.(sumpah)
;)

safiamira said...

hahaha... otak aku tgh sengal time tu...
miss you too dear