24 January 2010

kenapa mesti mahu berputus asa?

saya tidak pasti sama ada persoalan ini bakal terjawab di hujung post atau tidak

Ahaha. Menarik soalan tu. Hm, secara ringkas, abang bahagikan jawapan abang kepada dua; bergantung kepada niat Amira belajar law::


(i) Niat untuk lulus peperiksaan akhir :: Amira hanya perlu buat nota-nota ringkas daripada pensyarah, hafal sedikit, dan kemudian muntahkan sewaktu peperiksaan.


(ii) Niat untuk menuntut ilmu dan belajar untuk masa hadapan :: Amira perlu baca banyak buku rujukan, perlu peka dengan pindaan baru terhadap akta-akta serta kanun sedia ada, perlu rajin online (untuk mencari kes-kes, bukan dok ber fb sahaja). Justeru, bukan sahaja perlu hafal banyak kes-kes undang-undang, malah perlu faham dengan sedalam-dalamnya. Perlu rajin consult pensyarah, bertanya pada kawan-kawan dan buat group discussion. Hm, bila kita sudah faham, nak hafal pun mudah. Bila kita tak faham dan hanya hafal, kita akan muntahkan nota kita bulat-bulat. Itu bahaya. Sebab kebanyakan pensyarah tak suka kita muntahkan nota atau menyalin seksyen bulat-bulat daripada akta. Wallahu 'aklam. =)



Hehe. Beginilah, senang cerita, abang nak Mira buka minda luas-luas, justeru lapang dan ikhlaskan hati. Tuntutlah demi ALLAH dan demi membalas jasa mak, ayah dan keluarga Mira. Ada berpuluh ribu orang di luar sana yang berebut-rebut nak ambil jurusan undang-undang, tapi kecewa kerna tidak diberi peluang. Mira sudah diberikan ruang dan peluang. Hargailah, dan berusahalah. Beginilah ikhlas. =)



Ambil contoh mudah, beribu-ribu pelajar bukan Bumiputra di Malaysia ni, yang menyimpan keinginan mendalam untuk ambil jurusan undang-undang, tetapi terkilan kerna kelayakan untuk kemasukan adalah ketat dan sukar. Kita sudah diberikan tongkat, UiTM membuka ruang seluas-luasnya untuk Mira. Hargailah, hargailah, dan hargailah. =)



Pokoknya, ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Jadikan semalam sebagai sejarah yang membekal pedoman, esok sebagai suatu detik yang tiada kepastian. Tapi hari ni, saat ni, Mira kena kuat. Sekurang-kurangnya, bina semangat untuk belajar. Kenang mak ayah bila rasa malas. Kenang mak ayah bila rasa senang. Kenang mak ayah bila rasa lemah. Mak ayah Mira besarkan Mira pun, dengan susah-payah, lagi susah daripada belajar undang-undang. Tapi mereka tabah dan tidak mengeluh. =)



kata kata di atas diberi oleh senior samus

pemimpin kita pada thn 2004

junior kpd abangku

TERIMA KASIH

hanya itu yg mampu mira ucapkan


amira amira amira

what happen to you

bersemangatlah wahai gadis!

perjalanan masih panjang

kenapa mahu berputus asa

andai tidak mencuba

take the risk

prove that you can do it

apa halangan yg melunturkan semangatmu?

cari dan hapuskan halangan itu

siapa kata amira tak boleh berjaya?

boleh boleh boleh

andai disedari bahawa terlalu banyak kekhilafan diri

maka bertaubatlah dan perbaikinya

be strong!


Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama

malu mahu tulis besar2

saya kerinduan, mahu pulang ke rumah

tapi rumah sedang direnovate, mak cakap saya dah takde bilik

nak tido di mana?

::sumpah homesick::

sem lepas almost 2 minggu sekali mesti balik

sem ni kena tunggu cuti panjang sikit baru boleh balik

T___T



4 comments:

diyanah nabilah said...

Ambil contoh mudah



sorry mira itu je yang aku nampak
hahahahhaha

safiamira said...

urgghhhhhhhh
kenapa mesti dia???
ramai lagi org lain yg boleh dijadikan contoh..
kau pun boleh
hiksss

LuNa colours said...

ni dena
tompang dina

mudah kan tabole separate dari hidop kau

safiamira said...

dena yg tompang dina>>
plz stop write her name
nnt aku boleh mencarut di blog sendiri