24 December 2010

empat hari yang bernilai

assalamualaikum.

alhamdulillah, dapat bernafas lagi pada hari ni. syukur kepada-Nya.

1. empat hari yang bernilai akan digunakan untuk membuat segala persiapan. empat hari yang bernilai akan digunakan untuk menghabiskan masa bersama keluarga. empat hari yang bernilai akan digunakan untuk berehat sepenuhnya. err, sempat ke nak rehat? =.=

2. maaf pada kawan-kawan. ziqa, anis, ama, fiza, zaeisy, wani, ana, saidah. sorry sebab tak dapat jumpa dengan korang. T__T

3. hati sangat meronta-ronta untuk itu. tapi ia tak semudah yang dijangka. harap faham.

4. untuk anda. as i said before this, saya ni jahat orangnya. selepas hampir tiga bulan, baru-baru ni baru buat istikharah. and i got the answer. Dia palingkan hati saya. Dia nak saya berubah dulu sebelum fikir pasal tu. jadi izinkan saya hibernate, tak perlu la kita berhubung. andai sudah tersurat kita ada jodoh, maka Alhamdulillah. jika tidak, saya redha. akhir kata, maaf atas segala yang telah berlaku.

5. thankz to MME for all those experiences.

6. untuk kalian. jangan pernah berputus asa jika dilanda ujian. teruskan bersabar. moga ada hikmahnya.

salam sayang,
amira.

...

i have something to share.
click this.

13 December 2010

tagggg

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang ?
udara

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?
kfc

3. Di manakah tempat korang melangsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti ?
kat rumah.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang ?
ya.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
sampai syurga

6. Di manakah korang selalu berjumpa kekasih korang ?
tak pernah jumpa

7. Novel/ buku/ majalah terakhir di beli
berapa harga segulung ijazah

8. Apakah nama penuh korang ?
siti nor amira abdul gohhar
9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
mak

10. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang.
suami =.=

11. Adakah korang basuh baju sendiri ?
kadang2

12. Di manakah tempat yang korang betul2 nak pergi ?
tanah suci

13. Pilih salah satu, peluk atau cium ?
both

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag.
tinggi
wany
gmi

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda.
phones
watch
clothes
shoes
laptop

16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar.
maher zain's songs

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas.
7 jun 1991, kat uitm kuantan

18. 5 rakan blogger yang korang nak tag a.k.a. suspek yang perlu di cari..
malas nak tag =.=

10 December 2010

kerani berdikari.

assalamualaikum.

tiga hari bekerja berseorangan di pejabat adalah perkara yang tidak patut dicontohi. kejap pergi sana, kejap pergi sini. kena pergi pejabat pos, kedai gambar semua. then saya tanya, pejabat pos kat mana? terkedu mem. haha. dah dua bulan duduk sini pun masih tak tahu pejabat pos kat mana. =.= apa-apa pun, ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna. err bermaknakah? whatever.

berkira-kira bila mahu letak jawatan. lalalala.

bila hidayah-NYA datang menggamit
hati masih keliru
mengapa harus begitu
sedangkan itu yang ditunggu-tunggu

semoga istiqamah =)

06 December 2010

letusan gunung berapi

assalamualaikum.
alhamdulillah, MAHA 2010 dah selesai. harap segala penat lelah sepanjang acara tersebut berbaloi. =D

satu.
2 days before MAHA, bos pegi holiday. 2 days after MAHA, project manager dan lagi sorang tu ntah apa jawatan dia tak ingat pulak hehe, nak pergi holiday. dah tu bila temporary clerk ni nak pergi holiday? ouh, saya holiday agak2 hujung bulan nanti ye. sekarang kena kerja keras kumpul duit.

dua.
awak datang nak hidupkan road tax dan insurans. saya cakap orang yang pakar buat benda tu takde kat ofis, awak datang esok ye, tak pun buat kat tempat lain. saya ni pekerja sementara je, memang tak ambil tahu pasal insurans sebab kerja saya berkaitan benda lain. tapi awak cakap awak nak buat kat sini jugak walaupun sebelum ni awak guna AmAssurance dan tahu kami guna Kurnia Assurance, tapi awak nak buat kat sini jugak sebab kononnya kenangkan bos kami. baik, awak tinggalkan segala dokumen dan deposit. punya la semangat nak hidupkan insurans kat sini kan. ngeh. esoknya orang yang pakar buat insurans tu datang awal2 pagi semata-mata nak hidupkan insurans awak. tapi entah kenapa, jadi sampai RM600. saya malas nak terangkan sebabnya. then bila saya call bagitahu pasal tu awak marah2 sebab tak bagitahu awak dulu insurans tu sampai RM600. heyyyyyyyy awak dah bersungguh2 nak buat kat sini dan kami pun dah hidupkan insurans tu tak perlu la nak membebel. lain kali buat je kt AmAssurance. bos kami tak harap la duit awak. saya benci pelanggan macam awak. memang law Kurnia macam tu, terima je la. ngeng la awak ni. huhhhh.

tiga.
saya paling pantang kalau orang cari pasal dengan saya. biar saya yang cari pasal dengan orang, tu takpe. hehe. saya paling pantang kalau orang cakap saya bodoh. ya, saya tahu saya tak berapa pandai tapi awak tu bijak sangat ke sampai nak cakap orang bodoh? mulut tu macam tak bayar zakat pulak ye. saya tahu english saya tak berapa nak okay tapi english awak sejuta kali tak okay. i cannot deny it. benda2 basic pun tak tahu, apatah lagi current issues. orang tanya pasal muet, awak tak tahu. orang cakap pasal maha, awak cakap saya merepek. heyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy event besar gedabak macam tu takkan tak pernah dengar. bila saya cakap event tu kat serdang awak boleh cakap serdang tu tempat hulu, awak tak amik tahu. adik saya pun tahu serdang kat mana. meaning that awak laaaaaaaaagi bodoh. tu pun tak nak mengaku. fine, tak nak mengaku takpe. tapi tolong la jadi orang yang sedar diri. jangan jadi bodoh sombong, bodoh yang tak boleh diajar. dan tolong jadi orang yang faham bahasa. saya cakap bahasa melayu, awak tak faham. english pun tak faham. nak suruh saya cakap bahasa apa?? bila saya cakap kasar awak kata saya jahat. bila saya cakap lembut awak pijak kepala. orang macam awak ni pantang diberi muka. bila tanya email tak reti, pastu nak kutuk phone saya pulak ye. heyyyyyyyyyyyyy suka hati saya la nak pakai phone buruk pun. ada saya susahkan awak?? rasa macam nak report polis je. err boleh ke nak report polis sebab ada stranger that keeping disturb me? seriously terganggu, mendatangkan gangguan emosi. tak pasal2 saya takde mood kat maha hari tu. nasib baik masa tu customer tak ramai. grrrrrrrrrrrr!

empat.
edisi kasih sayang. buat sahabat2 yang disayangi. baik lelaki mahupun perempuan. saya sayang anda semua. ya, saya akui sejak saya bekerja secara sementara ni saya jarang online, tak dapat spend time dengan anda. tapi sesungguhnya saya rindu saat2 itu. saya rindu anda semua. <3

lima.
dah tak tahu nak cakap apa. nanti kalau ada idea saya tulis lagi. salam.



p/s: esok ada majlis tahlil di rumah saya. jemput datang. =)


25 November 2010

kadang-kadang

kadang-kadang aku ngada-ngada. kadang-kadang aku baik. kadang-kadang aku prihatin. kadang-kadang aku malas ambil peduli. kadang-kadang aku bahagia. kadang-kadang aku sedih. kadang-kadang aku rajin. kadang-kadang aku malas. kadang-kadang aku degil. kadang-kadang aku tak berhati perut. kadang-kadang aku jahat. kadang-kadang aku rindu. kadang-kadang aku benci. kadang-kadang aku meluat.

aku sendiri tak faham dengan diri aku.

p/s: tag drpd ainu tu saya buat bila ada masa ye. =)

16 November 2010

aidiladha

dah lama tak rasa stress macam ni
T__T

thankz to her.
post anda sangat berguna.


11 November 2010

bless

mata melihat
bibir tersenyum
hati gembira
tapi adakah Dia redha?
wallahua'lam


biar mata melihat ayat-ayat cinta-Nya
biar bibir tersenyum mengenangkan kebesaran-Nya
biar hati gembira kerana Dia menyayangi kita
kerana sudah pasti Dia redha


utamakan apa yang perlu diutamakan.
istiqamah!


please show me the right path.



02 November 2010

result for final semester of foundation

ALHAMDULILLAH
TERIMA KASIH YA ALLAH
dalam 3 semester, semester ni paling gembira.
walaupun tak dapat 4 flat
saya tetap bersyukur sebab ada peningkatan.
berbaloi juga lah.

ya, saya tahu usaha saya tak la banyak mana, memang setimpal dengan apa yang saya dapat ni.
apa2 pun, bersyukur sangat2.
alhamdulillah.

saya pasti result kawan2 yang lain mesti lagi hebat daripada saya.
tahniah ya kawan2 sayang.

=)

01 November 2010

short

kerja elok2
sebab aku nak beli laptop
fullstop

30 October 2010

risau, risau, risau, risau

oh, tajuk di atas bukan lagu Kalau Cinta Aliff Aziz ft Joanne tu ye. harap maklum.

aku risau pasal result yang akan keluar tak lama lagi. maybe 2nd of november. tak tahu nak cakap macam mana. masa exam hari tu takde perasaan langsung. oke, muka aku pun memang selalu macam tu kan. nak kata susah, tak la susah sangat. nak kata senang, tak la senang mana pun. tapi maybe Allah nak bagi hati aku tenang, tu yang takde perasaan tu. wallahua'lam. tapi sekarang ada perasaan ye. sangat takut dan sangat risau. takmo reseat paper. semoga Dia permudahkan jalanku. ameen.


tolong doakan aku supaya lulus semua paper.

27 October 2010

pleaseeeeeeeee la

stalk yourself
kalau dah kahwin, buat la cara orang dah kahwin
tak perlu nak flirt2 dengan orang
sheeeetttttttt

aku boleh dakwa kau atas kesalahan menyalahgunakan kuasa yang ada.
faham?
grrrrrr

promote

oke, hari ni nak promote satu company.. berpusat di melaka..
S.I.M.G. Enterprise or known as mutiara global enterprise..
ermm, sebenarnya takde la apa yang special sangat.. tapi sebab company ni dah banyak tolong saya, jadi saya sangat berbesar hati untuk promote company ni..

kalau korang nak tau, korang pegi kat website dia ye.. heee
click this

yang benar,
cik amira yang comel
XD


btw, saya teringin nak order barang untuk
dak2 rep ada suggestion tak?



emotional disturbance because of MAHA 2010

25 October 2010

excited

oke, tahu tak kenapa aku excited?
sebab tadi kak Alia call.. heeeeeeeeeeeeee
siapa yang kenal kak Alia tu faham2 la ye
*suke suke*

"akak tengok amira macam kuat je."
woaahhh.. akak tak tahu hakikatnya adalah sebaliknya =.=

"jaga diri, jaga iman."
nak nangis aku dengar pesanan dia T_T

tak sabar nak sambung belajar, semoga iman lebih terjaga. ada lagi dua bulan T__T
means lagi dua bulan la aku kena kerja. oh noooooooooo.
sabar ye. ni ujian namanya. tapi demi mencari pengalaman jugak. jadi bersabar la ye cik amira.

hari ni rindu semua orang

24 October 2010

jodoh

kalau dah jodoh tak kemana.. ayat tu dah biasa dengar kan? hari ni aku nak cakap pasal jodoh, tapi bukan bermakna jodoh aku dah sampai.. err.. on the way kot..lol

dulu masa zaman apa ntah dah tak ingat.. aku teringin nak cinta selepas kahwin.. hehe.. masa tu berangan je la kan.. kononnya kalau dah ada jejaka yang berkenan mahu masuk meminang, aku nak dia jumpa abang aku dulu.. hee.. bersedialah kena test dengan abang aku.. pastu baru jumpa mak abah aku pulak dan seterusnya adalah pertemuan dua keluarga, merisik, meminang, bertunang, dan nikah.. tapi ni angan2, tak tahu la boleh jadi kenyataan ke tak..huk

aku ni tak la sempurna.. tapi demand tinggi.. haih, sedar diri sikit amira.. =.=

pesanan buat para jejaka, kalau ada simpan perasaan pada si gadis, pendam la selagi boleh.. kalau dah tak tahan sangat, bagitahu kat keluarga atau rakan si gadis.. sambil2 tu boleh la risik2 sekali.. jangan diusik hati si gadis yang suci lagi murni itu.. huhu.. buruk padahnya..=.=

pesanan buat si gadis (especially diri sendiri), kalau ada minat pada sang jejaka, simpan je la.. kalau luahkan jadi fitnah pulak.. dan jagalah diri sebaik mungkin.. rajin2 la google artikel pasal gadis, banyak je yang boleh dipelajari.. jaga hati baik2, jangan pernah tergoda dengan ayat2 manis sang lelaki.. ayat2 cinta daripada DIA takpe.. =)

trapped between two path..hopefully i can find the way to seek for the truth..

siapa2 nak ngorat aku, meh la jumpa abang aku dulu

0126756591

XD

23 October 2010

cara kita berbeza

terasa mahu menjerit sepuas-puasnya
ini la kerja
deal with many person
macam2 ragam, macam2 perangai
tiredddddddddddddddd

19 October 2010

work again

bila ada something yang mahu dirujuk berkenaan kerja, aku terus jadi blur.
nak rujuk siapa eh.
haaa.. pastu muncul la nama2 mereka kat minda aku..
ahmad fuad
carl zafran
taufik iskandar
and what so ever
tapi sayang
sebab mereka hanya watak dalam novel =.=

back to reality amira!

14 October 2010

life getting hectic

urghhhhhhh
hari ni hari ke sepuluh aku kerja
sangat penat ye rakan2
penat fikir
sebab tugas utama kami di sini adalah berfikir =.=
fikir pasal pekerja2 bengkel
fikir pasal maha2010
fikir pasal flight workers untuk pergi sabah
fikir camne nak halau tikus pun ada.. lol

macam takde life da sebab bangun pagi, pergi kerja..
pastu balik kerja..
malam, rehat2 kejap pastu tidur
almost everyday macam tu
paling tension bila balik lambat..
buat masa ni rekod balik paling lambat adalah pukul 11.43malam =.=

nasib baik ada kerani2 senior yang sengal2
tak la tension sangat
hikss

mari sambung keje :p

11 October 2010

!#%&(@$^*)

tolong!
aku sesak nafas
eh, bukan
just macam susah nak bernafas
serius
ni la akibatnya kalau tak dengar kata2 Allah
=.=

tolong
selamatkan aku daripada terus hanyut
dibuai mimpi
sedarkan aku supaya kuat menempuh hidup

biarkan mereka
biarkan mereka
biarkan mereka
aku tak nak masuk campur hal mereka

tolong lindungiku YA ALLAH~


06 October 2010

i.m

i.... m....
sebaris nama yang aku stalk hari2.. haha
bengong betul..
as i said before, dia nak kawen 3 oct..
so now dah 6 oct, dah selamat menjalani beberapa malam la kot.. lol
tadi tangan ni gatal jugak nak p taip nama dia..
terpampang la profile pic terbaru..
gambar time nikah =.=
oke, sila berhenti jadi stalker sekarang amira!

jatuh cinta dengan lagu SENYUM
=)

03 October 2010

izinkan aku berpuitis seketika :p

andai mimpi itu indah
izinkan aku untuk terus bermimpi..
andai hidup itu lebih indah
berikan ruang untuk aku bernafas pada esok hari..

andai aku bisa memilih,
sudah lama ku pilih dia..
kerana dia berhak memilih,
maka aku tetap di sini, mendoakan kebahagiaannya..

andai aku seperti kalian,
sudah lama ku tunduk pada hati..
andai aku seperti mereka,
pasti aku tidak akan kalah dengan kata hati..
kerana aku adalah aku,
sering tersepit, lagi terkeliru..

andai aku lemah,
pasti aku rebah..
mujur kerana iman,
aku tetap berdiri, walau tidak segagah mana..

kerana aku tidak berhak memilih,
maka aku terus menunggu..
walau ku tidak tahu siapakah dirimu,
izinkan aku untuk terus menunggu..
kerana ku tahu masa itu pasti akan tiba,
semoga kamu sedar bahawa aku menunggumu..

istighfar banyak2

27 September 2010

pros and cons of being a stalker

pros:
kita akan dapat tahu background orang yang kita stalk.
kita akan dapat tahu latest news tentang orang yang kita stalk.

cons:
kita akan sakit hati apabila ternampak orang yang kita stalk tu dah nak kahwin 3 oktober ni.
kita akan tambah sakit hati apabila dia tag bakal isteri dia dalam video pesanan untuk suami isteri.

ini pengalaman tuan punya blog. moral of the story, tak payah la nak stalk2 orang. menyesal je. T__T

lebih baik stalk diri sendiri.

habis sudah asasi

sebenarnya ada baaaaanyak sangat benda yang aku nak cerita. tapi buat masa sekarang ni aku cerita pasal exam dulu ye sebab dah serabut. hoho.

24 september yang lepas, aku start exam, subjek global issue. aku boleh jawab soalan nombor satu. soalan kedua dan ketiga macam cukup2 makan je. huhu.

25 september, economic issue and problems. ade dua soalan tak boleh jawab sebab aku tak sentuh langsung part tu. ngeh. sibuk nak hafal formula sampai mengabaikan soalan bernilai 7 markah. =.="

27 september, baru je tadi exam intro to law 3. it consists of criminal, tort and contract. subjek yang sepatutnya diasingkan, tapi kitorang kena jawab dalam satu paper dalam masa dua jam sahaja. tak cukup masa! kelam kabut. cases dan acts bercelaru dalam otak aku. T__T

moral of the story:
jangan study last minute. sebab korang akan menyesal. time tengah study malam sebelum exam tu baru duk merungut kenapa la kita tak study daripada awal ye? huhu.
assignment pun jangan buat last minute. nanti korang akan kelam kabut dan menyebabkan kekurangan markah pada assignment tu.
senang cerita, jangan buat kerja last minute. AVOID PROCRASTINATION.

kelebihan berselawat. ni ummi homeroom aku yang cerita. time tu dia tertinggal barang kat pejabat. tapi pejabat tu dah tutup sebab masa tu hari jumaat, so tutup awal. dia nak balik pun tak boleh sebab dia tertinggal kunci kereta kalau tak silap. then dia duduk kat luar pejabat tu sambil berselawat. sebab dia percaya insya Allah masalah tu akan selesai. dan alhamdulillah, tak lama lepas tu ada orang datang dan buka pintu pejabat tu. dan dia pun boleh balik. so, berdasarkan pada cerita tu, aku percaya kalau kita selalu berselawat insya Allah akan ada pertolongan daripada Allah.

jadi aku aplikasikan benda tu ketika exam. untuk pengetahuan anda, aku kena exam kat IKIP. bukan ikip taman gelora mahupun kubang buaya, tapi ikip indera mahkota. jauh siot. so dalam perjalanan tu orang lain sibuk baca buku. tapi aku tak boleh baca sebab allergic, confirm pening2. hehe. jadi aku berselawat je la dalam hati. sambil2 baca surah al-insyirah sekali. before exam tu kalau korang tanya aku soalan mesti aku tak boleh jawab sampai aku keliru sebenarnya aku dah study ke belum. huhu. alhamdulillah, time exam tu aku boleh jawab walaupun ada certain soalan memang tak boleh jawab, yang tu sebab aku tak study. hoho. betol atau salah belakang kira. asalkan kertas jawapan aku tak kosong. err betol ke teori aku ni? =.= yang penting dah habis exam ni, tawakal banyak2 ye.

sejujurnya aku langsung tak bersedia menghadapi perpisahan ni.
T__T

15 September 2010

r.a.y.a


raya tahun ni terbaik
sebab baju yang nak dipakai pada raya pertama hanya siap pada raya ketiga
sukanya aku!
tak pasal2 raya pertama kena pakai baju tahun lepas
=.=
sebenarnya ada je baju baru yang lain
tapi sebab family aku nak sangat sedondon time raya pertama
aku la yang kena berkorban
T__T

hari ni dah raya keenam
tapi ada lagi dua pasang baju tak pakai lagi
tengok la petang ni kalau aku rajin, aku pakai la
XD

sebelum terlupa
happy 24th birthday to my bro!
=)
bila nak raya kat library ni?

08 September 2010

edisi 7 sept 2010

assalamualaikum
alhamdulillah,
sudah selesai dengan persiapan raya
harap2 dah selesai
takmo keluarkan duit da
semalam dah habis RM300
=.="

paling BEST
semalam buka kat luar
tapi sayang seribu kali sayang
aku pening, dah lama tak pening2 ni
macam migrain T__T
tak lalu makan
balik rumah terus muntah
T__T
telan panadol, tak lama tu okay
tapi lapar T__T
last2 makan maggi je
T__T
teringat sotong goreng tepung yang tak sempat dijamah
T__T

baru study criminal law
banyak lagi tak cover
T__T

dah2, jom pasang langsir pulak XD

04 September 2010

home

assalamualaikum
regarding to my status in fb
yeah, i'm going home this morning
wanna see my lil sis
wanna shopping with my aunts
wanna sleep in my room
<3 dan rasanya perlu buat jadual bila nak buat kuih raya bila nak tukar langsir bila nak tukar sarung kusyen bila nak mop lantai bila nak BELAJAR =.= urghh notes pun baru sikit je buat past year tak payah cakap la bila aku nak jadi rajin ni? semalam beli buku lagi :D bahagia je LOL BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH Inspirasi Buat Bakal Mahasiswa written by Dr. Kamariah Kamaruddin
to all lecturers,
Madam Shima, Mr. Hiu, Madam Shat, Mr. Syahril, Madam Jirsha & Miss Sharoza
thankz a lot for teaching me.. jasa anda semua akan saya kenang..

to my classmates,
Dalilah, Zafira, Anis, Mahmudah, Afiza, Suhaila, Aini, Fatin, Diha, Rabieka, Biela, Tasha, Nina, Dio, Dena, Sakinah, Niza, Syiqa, Peyl, J.Lo, Asma, AD, Fasya, Maton, Ikin, As, Haziq, Syafiq, Ikhtiar, Lokman, Afy, Helmi.
i am sorry for all my wrong did.. happy to know all of you.. thankz for everything..

to my "ahli rumah panjang",
Dina, Ruby, Piqa, Sharon, Jamie, Dena, Maziah, not forgotten, Ekin & Angah..
i am really happy to all of you.. minta maaf banyak2.. kalau panjang umur kita jumpa lagi.. thankz a lot for everything..

to the bus driver of Sani Express,
please, please and please drive carefully..
semoga sampai dengan selamat..

happy holiday and selamat hari raya..
don't forget to study :p


29 August 2010

what have i done for my deen?

assalamualaikum
motif sebenar online adalah mahu menyiapkan
sisa2 terakhir assignment
tapi macam biasa la kan
mesti melencong punya

terbaca pasal ni
lepas tu google sikit
dapat plak pasal ni

tersentak
istighfar
T_T

"islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing pula. maka beruntunglah orang-orang yang asing"
(hadis riwayat muslim)

istighfar lagi
adakah aku cukup layak untuk tergolong dalam golongan asing itu?
T_T
sejujurnya tidak kerana terlalu banyak yang perlu dperbaiki
tambahan pula aku selalu kalah pada keadaan
aku sentiasa memberi alasan
aku takut untuk menjadi dae'i
kerana aku tahu aku tidak mampu
nak jadi mad'u pun banyak alasan
istighfar istighfar istighfar

semoga ramadhan ini, kita semua diberi hidayah dan petunjukNYA
untuk berubah ke arah yang lebih baik
insha ALLAH
=)

cepatlah habis cuti, tak sabar nak sambung baca
hari ni dah 19 ramadhan, tapi aku baru sampai page 235
T__T

25 August 2010

reminder for myself



diri ini berkeinginan
tetapi sabarlah wahai hati
perbanyakkan istighfar dalam menghadapi situasi ini
kisah kak zie, kak fatin serta kak ira menjadi contoh
agar dapat mengingatkan diri ini
bahawa ia lebih manis jika segalanya telah halal

yang dicari, walau bukan putera raja, biarlah putera agama..
yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati..
yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat..
yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam..
yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi..
kerana aku bukan siapa siapa, hanya wanita biasa..
itulah ketentuan sejak azali..

Allahumma sa'khirli zaujan solihan yakhtibuni wayatazauwajubi wayakunu sahibanli fiddunya waljannah~

final exam part 3


assalamualaikum
walaupun sudah muktamad bahawa
saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal
kepada Mr. Law
tetapi saya masih wajib berusaha bersungguh sungguh
bagi menghadapi
peperiksaan akhir semester asasi ini



cepatlah habis belajar
nanti boleh kawen
lol

22 August 2010

song

assalamualaikum
currently is listening to

Tuhan Beri Aku Cinta (Ayusitha)
Menanti Cinta (Krisdayanti)
Ketika Cinta Bertasbih (Melly Goeslow & Amee)
Haramkah (Melly Goeslow)
Ayat Ayat Cinta (Rossa)
Takkan Berpaling DariMU (Rossa)
PadaMU Ku Bersujud (Afgan)
Aku Ingin MencintaiMU (Edcoustic)
Muhasabah Cinta (Edcoustic)
Nantikan Ku Di Batas Waktu (Edcoustic)
Nota Cinta (Saujana)
Patah Hati (Saujana)
Satu Cinta (dunnow. lol)
SyurgaMU (Ungu)

best
ubat hati terbaik selepas Al Quran
=)

taksabarnakbalikrumah

18 August 2010

putar masa & fikir masa depan =)

assalamualaikum
kalau ikutkan sampai raya ni
insya Allah enam minggu aku tak balik rumah
sebiji macam kat asrama dulu
sebab aku sekolah kat nun jauh di utara
bukan perlis
bukan kedah
pulau pinang je
but still jauh okay
that's why tak boleh balik selalu
lain la macam adik aku tu kan
dekat
tak pernah balik naik bus
hey tak berdikari la kau
sebab
ada abang dan kakak yang baik seperti aku
wahaha

actually boleh je nak balik
but since aku dah dapat allowance
jangan harap mak nak bagi duit lagi
jadi, baik kita jimatkan duit itu
untuk raya dan masa cuti nanti
XD

tema puasa ni adalah
JIMAT DUIT, JIMAT KALORI
hanya penghuni rumah panjang yang tahu benda ni
kat pahang pun ada rumah panjang tau
bukan kat sarawak je
muehehe

hari ni mahu beli tiket balik shah alam
harap wujud lagi satu tiket untuk aku
ameen~

online application for degree dah dibuka
:|
aku tak sure lagi nak pilih apa
tapi dah terang, jelas dan nyata
tak boleh pilih Bachelor of Legal Studies
selamat tinggal undang undang
aku nak cari course yang aku minat
dan yang ada kat shah alam
tak nak la dapat jauh jauh lagi
nanti susah nak balik
huhu
so, kena la buat research course apa yang ada kat shah alam
=)

tu dari segi akademik
dari segi tutt plak
=.="
tolonglah pergi dari minda aku
syuh2
tak tahu benda ni normal ke tak
but sometimes agak mengganggu la
hoho
now is not the right time to think about this
sabarlah wahai hati
semoga bakal dapat yang lebih manis pada masa akan datang
=)

mari baca quran

14 August 2010

rosak

assalamualaikum

hidup tak pernah lari daripada dugaan
laptop rosak
phone pun rosak
dua2 masalah berkaitan dgn skrin
tapi at least laptop ni boleh guna lagi
walaupun sakit mata nak tengok skrin ni
tapi phone tu
kosong
light ada
tapi tulisan takde
gambar pun takde
KOSONG
boleh receive call
message pun boleh
tapi macam mana nak baca
huk
jadi jangan send message kat number maxis ye
call je terus
lagi senang
=)

T__T

13 August 2010

ikut hati mati, ikut rasa binasa

assalamualaikum
first of all, salam ramadhan kepada semua =)

betul ke title tu?
main tulis je
huhu

sekarang bulan ramadhan
semua syaitan dirantai
tapi nafsu tetap ada
perempuan ada 1 akal, 9 nafsu
9!!
but can be categorised into many aspects
semua berlawan nak menang
sampai aku sesak nafas =.="
rasa nak nangis pun ada
tapi air mata tak nak keluar
lol

please behave yourself, amira
BEHAVE!
istighfar banyak2
semoga mendapat keampunan daripadaNYA
T_T

jangan sampai aku buat keputusan yang drastik itu
kerana ianya akan memberi kesan kepada semua
tapi kalau itu jalan terbaik, aku redha
mohon diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini
ameen~

three more weeks

05 August 2010

=D

alhamdulillah
ucapan pertama terlakar di minda
setelah mengetahui perkara ini
=)

pagi tadi
aku call mak sebab nak cerita pasal benda ni
konon konon nak serang bendahari sebab tak dapat lagi this thing
tapi masa tu mak tengah beli barang
dia pesan petang nanti call lagi


petang after class
tup tup
dah dapat
syukur alhamdulillah
tak jadi nak serang
hehe

plan sebenar
tak nak bagitahu mak
sebab nak claim duit kasut yang tercabut hari tu
LOL
memalukan sungguh

mula mula miss call mak
mak call balik
tanya kenapa tak call je
aku jawab, org miskin memang buat miss call je
lepas tu aku tanya,
bila aku boleh balik
(kalau nak balik kena minta izin dulu)
tiba tiba mak tanya aku
elaun dah keluar ke?
err =.=
aku tanya kenapa
abah pesan, kalau elaun belum keluar tak payah balik
sampai hati abah tak bagi akak balik T_T
sebab duit tiket pergi balik dalam RM100
tak berbaloi nak balik kejap je
huhu

dan memanglah plan aku tak menjadi langsung
mak dan abah tahu tahu je elaun dah keluar
tak dapat claim duit kasut
dorang yang minta kat aku adalah
X_x
mak pesan suruh belanja sarung kusyen baru
sebab abang iwan dah belanja langsir baru
kalau adik ada elaun agaknya dia belikan apa ye?
hoho

niat nak belanja makan masih diteruskan
bukan belanja diyanah nabilah dan natasha nasir ye
nak belanja family aku
:D

seperti biasa
spend the money wisely
kalau nak shopping raya kena balik dulu
means jangan shopping kat sini
waaaa tak sabar nak balik
heee

lepas tu cerita pasal kahwin lagi
haha
tak habis habis
mak pesan, kena sedar diri
saya ni anak bilal surau je
tak boleh demand lebih lebih
huhu

this week ada PC FAIR kat KLCC
harap ada berita gembira
*dengan penuh harapan*

all the best for test tomorrow!

04 August 2010

student's life

MTC 087
test- maybe next week

MTC 088
group presentation- tomorrow
test- this friday
group assignment- middle of august

MTC099
group assignment- coming soon
test- next friday

BEL 332
debate-next week
speech-next two weeks

BEL 342
term paper- next two weeks
pair presentation- middle of august
final exam- end of august

@.@
jangan putus asa!
bersemangat!

pesanan penaja:
dah tak sanggup tengok skrin laptop
tolonglah~~~
dellDELLdellDELL

mencari waktu untuk pulang ke kampung halaman


award daripada nabil syahmi

thank you to nabil syahmi
=)


perasaan: sangat terharu T__T
tag:
keiry
ainu

31 July 2010

9th week

still the same
not get the allowance yet
bak kat presiden JPK
elaun diraja or VVIP memang lambat sikit
=.=

unlimited desires
nak phone baru
nak headphone baru
nak laptop baru
nak jam baru
nak baju baru
nak seluar baru
nak kasut baru
nak set make up baru
nak tudung baru

rm1250 je wei
bukan rm5000

kalau dah dapat
memang la duit tu buat makan je kat sini
tapi belum dapat lagi
dan sekarang ni
duit makan di support oleh family
jadi
jadi apa?
dah dapat nanti sila la belanja family makan pulak ye
=.=

cepat2 la dapat elaun tu
ameen~

the best man win


23 July 2010

mid sem holiday

hey hey
cuti dah nak habis
hari ahad ni balik kuantan semula
9.30 pagi, sani express
kenapa aku semangat balik pagi?
sebab mak aku tak bagi sampai sana malam
sangat bahaya!
sebab aku comel
nanti ada orang culik
ngeh3

assignments!
hahaha
jangan ditanya
aku just cari info je
then ada la dah buat sikit
tapi hari tu aku nak off kipas
TER off suis laptop
=.="
tak tahu la automatically save ke tak
huhu

allowance!
you make me crazy la honey
dah lapan kali check
tak keluar jugak
then hari ni member2 cakap dah keluar
yeah, it is not a joke
memang dah keluar
tapi aku tak dapat lagi
balik dari kuala selangor, singgah bank islam
masa tu pukul 12 tengah hari
check, RM148.67
sampai rumah, sharon cakap dah keluar
pukul 3 petang aku check lagi
still the same
HAHA
=.=
nak bagi ke tak nak RM1250 tu?
"RM1250 je pun, bukan RM5000" bak kata mak aku
RM1250 pun duit
$_$

btw, elaun ada or tak actually sama je
aku tetap kena jimat
cuma
dapat la beli benda2 yang aku nak
so, tunggu je la sampai dapat
huk

nakDELL nak DELL nak DELL

18 July 2010

gath ro91 @ sunway pyramid

gerak dari rumah pukul 8.40pagi.. terus memandu dengan laju sebab aku rasa aku dah lambat.. then sampai rumah abang aku dalam pukul 9.10.. lepas tu terus pergi shah alam dan berjaya sampai dalam pukul 9.40pagi..

first time sampai ktm.. haha.. tunggu lisa dan izrin.. lepas tu tunggu train pulak.. penat woo.. lapar pulak tu..ngee.. btw, thankz lisa sebab belanja tiket train.. =)

seperti yang korang tahu, aktiviti gath kali ni hanya makan, makan dan makan plus menunggu orang.. ngeh.. but still, enjoy gila dengan korang..

btw, happy birthday syafeeq, on of the admin of ro91.. anggaplah kehadiran aku buat julung2 kalinya sebagai hadiah hari jadi kau.. haha

then dalam kul 6.30 petang kitorang balik.. naik bus pulak.. yeahh hari tu aku belajar naik kenderaan awam.. hehe.. time balik tu aku baru sedar sunway tu dekat je sebenarnya.. boleh drive sendiri.. just berani or tak je.. hoho

turun kat pkns.. berpisah dengan lisa dan izrin.. aku jalan2 kat situ tunggu abang aku amik.. lepas tu ingatkan terus balik rumah,, tapi pegi stadium dulu, tengok bola selangor vs penang.. nasib baik selangor menang.. berbaloi la walaupun aku dah penat gila sebenarnya..

then sampai rumah dalam pukul 11.45malam.. sempat lagi online.. =.=

thankz kawan2
lisa, izrin, areefah, sarah, ku nur izzati, elyana, shikin, rahah, wany, mai and her friends
fakh, faiz, raji, asyraaf, syafeeq, zulfadli

dalam duka ada suka
dalam suka ada duka

11 July 2010

nur afrina safiah

kenapa tajuk entry macam tu?
jangan tanya aku
:p

cuma nak bagitahu yang aku akan pulang ke rumah pada hari khamis ni
sani express
5.30 p.m
seat no. 4
single seat oke, trauma aku nak duduk double seat
huhu

okay, nak bagitahu tu je
tata!



































dah2
kenapa nak scroll ke bawah lagi
apa lagi yang korang nak tahu pasal aku?
kalau rindu cakap je la
yela, aku kan dah lama tak update blog
ngeeee
stop being perasan amira!

nothing interesting
setiap hari pergi kelas macam biasa
ohhh broadband dah okay
dia merajuk kejap je
heee

cannot wait to go back home


02 July 2010

ini bukan entri merepek

1) broadband buat hal lagi. sama macam masa awal2 beli dulu. terima kasih la broadband sebab buat aku macam ni. i really appreciate it. nasib baik ada wifi uitm yang kadang kadang okay dan kadang kadang tak.

2) it is not a problem. itu fitrah. dan kita harus mengawalnya untuk mengelakkan ia menjadi fitnah. sabarlah wahai hati.

3) countdown! countdown nak balik. countdown nak gath. harap2 tiada halangan. tapi tak cari back up plan lagi. i have no idea.

4) bila nak dapat elaun? hari hari asyik makan sehari sekali je. punya la nak berjimat kan.

26 June 2010

new life =.=

assalamualaikum

okay, kalau ada yang perasan, hari tu aku deactivate fb kejap. ada sebab tertentu tapi aku rasa sebab tu macam tak munasabah plak. then tak sampai seminggu dah activate balik. semuanya kerana dia. ya, dia. aku rasa aku deactivate sebab dia and activate it also because of him. ohhh kau patut rasa bertuah sebab aku dah buat macam2 demi kau. lol.

lepas tu ada la beberapa peristiwa yang agak entah apa2. aku tak faham dengan hidup aku lately. =.= lack of something. and i have to find what is that something.

the important thing is aku tak rasa homesick lagi buat masa ni. wahh perubahan yang sangat mengujakan. lol. jangan balik sampai cuti mid sem. i'll try.

penatlah fikir pasal ni. semua nak main2. aku je yang serius. memang tak jadi apa la kalau macam tu. ignore it.

17 June 2010

course timetable for part 3

isnin
11am-12.50pm MTC099 bukit sekilau
5.10pm-8pm BEL342 padang lalang

selasa
8am-9.50am MTC088 bukit sekilau
12pm-12.50pm MTC099 bukit sekilau
4.10pm-5pm MTC087 bukit sekilau

rabu
11am-2pm BEL332 padang lalang
5.10pm-8pm BEL342 bukit sekilau

khamis
8am-9.50am MTC087 bukit sekilau
11am-2pm BEL332 padang lalang
3.10pm-4pm MTC088 bukit sekilau

jumaat
no class

16 June 2010

menantu yang direstui


kisah mengenai adam (bukan nama sebenar) dan hawa (bukan nama sebenar)

hawa teringat suatu ketika dahulu, bondanya pernah pergi ke warung milik ibu bapa adam.. tiba tiba ayahanda adam bertanya "mana menantu saya? tak ikut sekali ke?" wahhh berbunganya hati hawa hanya Allah yang tahu..

kini adam dan hawa sudah terputus hubungan memandangkan hawa menyedari bahawa adam telah menyintai gadis yang lain. hawa mengetahui perkara ini melalui laman web social networking yang popular pada masa ini iaitu facebook.. hancur luluh dan remuk redam hati hawa mengenangkan perkara tersebut.. bersungguh sungguh dia menanti adam tapi adam dah ada orang lain.. dan akhirnya hawa pasrah dengan keadaan itu serta cuba melupakan adam walaupun cubaannya sia sia sahaja..

satu hari, bonda hawa dan bonda adam bertemu di majlis kenduri kahwin di kampung mereka.. mereka rancak bercerita tentang anak dara dan anak teruna masing masing.. bonda adam mengatakan bahawa anakandanya sangat baik dan sentiasa patuh dengan arahannya.. hal ini kerana dia tidak berapa suka jika adam berkawan rapat dengan orang kelantan kerana baginya kalau mahu berkahwin tu carilah orang yang sudah diketahui latar belakangnya seperti hawa.. (orang kelantan jangan kecik hati ye) kebetulan pula gadis yang adam cintai itu berasal dari kelantan.. dan adam berkata kepada bondanya bahawa dia cuma berkawan dengan gadis itu.. tak lebih pun.. bagi hawa ini adalah dusta semata mata kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa segala status adam di facebook hanya berkisarkan tentang gadis itu.. pastilah sudah lebih daripada kawan.. akan tetapi bonda adam menafikan perkara ini dan menyatakan bahawa adam berperilaku sedemikian hanya kerana mahu membakar perasaan hawa, mahu buat hawa cemburu.. ahh, hawa tetap tak percaya walaupun hati hawa berbunga bunga mendengar cerita bonda adam yang diceritakan oleh bondanya.. kemudian adam ada memberitahu kepada bondanya bahawa dia rasa rendah diri dengan hawa.. wth betol lah.. "alaa, hawa tu dulu kan berpindah randah, belajar kat sana, then belajar kat tempat lain lagi, mesti lah ada seseorang dalam hatinya.. kita ni siapa, dia tu siapa.." hawa rasa seperti mahu menyepak laju laju si adam kerana berkata sebegitu walhal adam lebih bagus daripada hawa.. hawa berkata dalam hati, "kalau dah tak suka tu cakap je la, nak bagi alasan banyak pulak kat bonda dia.. grr"

dan sekarang hawa hanya membiarkan perkara itu berlalu seperti angin yang ditiup sang bayu.. tapi kadang kadang hawa terbayang bahawa dia terpaksa kahwin dengan adam kerana dialah menantu pilihan yang direstui oleh ayahanda dan bonda adam..

ohh imaginasi hawa sangat melampau
=.=

t.a.g

thankz to ainu amirah

1) adakah anda happy sekarang?
not so happy, but still be grateful with my condition right now.

2) apakah benda yang boleh buat anda happy?
shopping

3) pernahkah anda menerima tag
pernah

4) nyatakan warna yang anda suka
all colours except yang dull2 tu tolak tepi

5) berikan 9 orang yang anda mahu tag. sila beritahu kepada orang yang anda mahu tag supaya mendapat respon
kerana kesibukan + kemalasan, aku tak mahu tag sape2. kalau ada yang nak just take it okay.

6) nyatakan sesuatu tentang orang yang anda tag. nak tulis panjang berjela pun takpe asalkan anda happy.
i'll write about the person who gave me this tag.
ainu amirah mohammad azam
asal dari terengganu
belajar di pulau penang
ada lesen kereta tapi trauma nak drive
one of the person yang sangat rapat dengan aku kat republic of 1991
geng efainumirawany
geng teletubbies juga
meminati abang panjang yang masih tidak ku ketahui siapa identitinya :p

7) ni soalan cepu emas ni. adakah anda happy dengan apa yang anda?
not really.
tapi bersyukur dengan apa yang ada
hopefully can improve it

08 June 2010

tag from ainu amirah


assalamualaikum
terima kasih sayang sebab bagi award ni kat saya
kita sama2 cantik okay
hikss

Selepas dapat, anda perlu::
1) Buat entry pasal award yang cantik banget nih
2) Copy badge award yang cantik banget nih
3) Ucapkan thank you letakkan link pemberi award dalam entry ni
4) Senaraikan 15 blogger sebagai penerima award

takmo tag sape2
hehe


06 June 2010

keGEMBIRAan berada di padang lalang terSAYANG

kisah bermula seawal jam 5 pagi apabila saya dikejutkan oleh mak saya ketika hujan turun dengan lebatnya. kemudian saya cuba bersiap selambat yang mungkin bagi membolehkan diri menyertai gathering walaupun sekejap. tapi saya tidak berjaya apabila terpaksa bertolak pada jam 6.30 pagi dan meninggalkan kuala lumpur pada jam 8 pagi. T_T

pada pukul 11 saya telah tiba di felda chini. okay, yang ni betul2 gembira sebab dapat tengok orang nikah. hehe. lepas tu saya makan kat kenduri orang yang nikah tu. kemudian pulang ke rumah makcik untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke kuantan. selepas zohor baru bertolak ke kuantan.

sampai sahaja di bukit sekilau, saya terus naik ke pejabat untuk mendaftarkan diri. keadaan menjadi agak kecoh kerana tiada tempat kosong di sekilau jadi saya dan rakan2 memilih untuk tinggal di padang lalang terSAYANG dalam keadaan rela dalam terpaksa.

tiba di padang lalang terSAYANG, abang di pejabat memberitahu junior yang tinggal di bilik yang bakal saya duduki belum membuat clearance. jadi saya terpaksa merempat seketika di laman makmur a.k.a surau. saya dan abang saya bertungkus lumus mengangkat barang yang melambak lambak dari kereta menuju ke surau. memang la tak jauh mana but still penat sebab barang tu berat.

bagi menghilangkan ketidakpuasan hati saya memilih noodle station bagi menyejukkan hati saya namun ternyata ianya gagal kerana saya terlebih menabur chilli powder dan akhirnya menangis kepedasan. T_T. kemudian abang saya menghantar saya kembali ke padang lalang terSAYANG dan dia terus memandu pulang ke rumah. selepas itu saya pergi ke pejabat buat kali yang entah ke berapa bagi menanyakan tentang kunci bilik. eh2, abang tu ingat saya junior pula. nampak sangat muka comel kan. muehehe.

finally, saya dapat kunci tersebut dan saya melangkah dengan gagah mengangkat segala barang2 yang saya boleh angkat dengan menggunakan kudrat saya sendiri. barang2 yang lain tu saya angkat bersama jamie. terima kasih jamie. =)

dan, malam tadi saya tidur di bilik ruby dan dina kerana roomate baru saya iaitu dena belum balik lagi. apa yang memburukkan keadaan, pada malam pertama je sudah dapat mimpi ngeri. hopefully no more nightmare after this. plus, antivirus kaspersky buat hal. menambahkan tekanan saya.

itulah kisah GEMBIRA. SUKA, CERIA saya berada di padang lalang terSAYANG. terima kasih UiTM kerana mengGEMBIRAkan saya. <3
it is a worst birthday present ever
=(

03 June 2010

tagged by syafeeq+wany XD

yang ini daripada wany

Apa yang bermain di fikiran korang?
bila sakit tekak+flu ni nak baik?
bila keadaan akan pulih seperti sediakala?

3 orang yang awak sayang
family
friends
you

panggilan untuk si dia?
siapa si dia? belum muncul lagi dalam hidup aku

hadiah yang diimpikan daripada orang istimewa
ijab kabul =)

blog mana yang korang suka visit?
blog yang aku follow
kadang2 ada juga stalk blog orang lain.. hee

tag 15 blogger bertuah
aaa malas nak tag
kalau korang rasa korang bertuah buat la tag ni.. =)



yang ini pula daripada syafeeq

name 10 friends or people that you know
norzila
nor amira
luqman
ainu amirah
muhammad khairi
fairuz syazwani
nur areefah
syafeeq
wany
fakhrur razi

1) Pick someone who is good at choosing outfits for you
norzila

2) Name someone who you haven't met yet but would love to in the future
not in the future, but now
not someone because there are too many
ainu amirah
fairuz syazwani
muhammad khairi
nur areefah
syafeeq
wany
fakhrur razi
and all republicanz

3) Pick someone that could make you laugh by saying only one sentence
Luqman

4) Who do you think love you the most?
don't know
maybe nor amira and ainu amirah
and efainumirawany
maybe he, maybe you :p

5) Who stalks your profile the most?
muhammad khairi
haha

6) If you could pair up two people, who would make a perfect couple?
syafeeq and wany
nur areefah and fakhrur razi
:p

7) Name someone who would have cute babies in the future
he and me
:p

8) Pick someone that you would love if you're not with your current bf/gf
pengakuan berani mati
luqman
haha
psst, orang tu jangan jeles okay :p

9) Who would be a millionaire?
all of us

10) Who has a crush on you secretly?
err, don't know
kalau ada sila mengaku sekarang
hehe

11) Name someone who wears his/her underwear inside out
none of them

12) Who would marry you someday?
he

13) Someone who could imitate Donald Duck
any of of you can do it? confess to me :p

14) If you want to debate about something, who would you pick?
all of the name above

15) You won two free tickets to Paramore concert. Who would you choose to go with you?
i don't wanna go
i'll give it to anyone who wanna go

16) Who dresses the best among all?
fairuz syazwani

17) Pick someone who could fix up nice foods for you
norzila

18) If you are about to attend a dinner, and your car broke down, who would you call?
of course la para jejaka sebab aku tak tahu pasal kereta
so, luqman, khairi, syafeeq and fakhrur razi please help me yaa

19) It's sleepover nite. Who would definitely join you?
he

20) tag three people
you, you and you
siapa2 yang takde kerja tu sila la buat
=)




31 May 2010

oh tag!

tag from ainu amirah



Tugasan:

a) Buat entri berterima kasih atas award yang diberikan.
to ainu amirah, thankz a lot dear sebab bagi award ni kat saya.. terima kasih sebab selalu share masalah, thankz for always being there when i need someone and again, thankz you for everything..

b) Berikan kepada 10/20/30 rakan blog anda
erk, awat ramai sangat ni.. adehh..
makcik zila
ekin
asyraf abdul rahim
nabil syahmi
liyana shaharuddin
mady
dena
maziah
raji
ziza

c) Beritahu kepada rakan2 anda bahawa mereka telah di tag
okay, bakal diberitahu kejap lagi

d) Ceritakan 7 perkara mengenai diri sendiri
anak dara
suka kacau fifi
malas masak
rajin online
dalam proses mencari
suka berangan melampaui batasan
selalu tersepit



tag from keiry

adakah anda rasa anda hot?
it depends on your perception, i cant judge myself for that question

bila kali terakhir makan pizza?
last sem, time baru dapat elaun

lagu terakhir yang saya dengar
lagu dalam blog ainu. hehe

apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
memikirkan tentang masalah dunia

selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
siti, mira, amira, kakak, adik. sayang belum ada lagi :p

tag 8 orang
nak tag 10 orang di atas =)
makcik zila
ekin
asyraf abdul rahim
nabil syahmi
liyana shaharuddin
mady
dena
maziah
raji
ziza

siapakah orang no. 1 kepada anda
makcik paling bongsu, paling rapat, paling sengal dan paling gedik

katakan sesuatu mengenai orang no. 5
kawan sekolah rendah, cantik dan baik

no. 3 ada hubungan dengan siapa?
erkk. tidak tahu. tanya dia sendiri.

bagaimana pula dengan no. 4
kawan sekolah rendah. anak ustaz samiran dan ustazah zakiah. adik kepada lutfi. betulkah nama abang kau itu?

pesanan buat orang no. 6
minum susu banyak2 supaya cepat tinggi. haha

kata2 cinta buat orang no. 2
bila mahu belanja saya tengok wayang? :p

adakah no. 7 dan no. 8 mempunyai persamaan?
both republicans

berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang tag anda
muhammad khairi arifin
anak sulung
melaka
uitm arau
ex-mrsm terendak
sedang bercuti
selalu menjadi pemandu tidak bergaji
sepupu kepada didi
eh, terlebih plak. maknanya aku prihatin. lalala

perasaan anda ketika buat tag ini
dah masuk musim tag ke?
nak makan apa jap lagi?
bila laptop aku bakal dikembalikan?


27 May 2010

trip to MJSC Kepala Batas

assalamualaikum

mahu tulis tentang perkara2 yang happy2. yang sedih simpan je la. cuma nak cakap, kalau orang dah tolong tu cakap terima kasih ye. jangan nak ikut suka hati tolak pertolongan tu. sebab bukan aku seorang yang tolong, ni melibatkan orang lain juga. lagi satu, kau tu puteri raja ke nak kena pujuk2 bagai baru nak pergi? boleh blah la weyh! alamak, tertulis pulak yang sedih2, ni semua kau punya pasal. walaupun kau tak baca. huhh. result 4flat tapi kalau perangai macam ni tak guna jugak. teruskanlah dengan perangai kau. kalau satu hari nanti ada orang buat macam ni kat kau baru kau rasa apa yang aku rasa. err, sudah2. merepek je tulis pasal kau.

ahaa, malam semalam aku pergi maktab sebab mahu ambil sijil SPM. pergi dengan Safiqah, Nabilah, Khadijah dan adik Khadijah yang ponteng sekolah sebab nak join sekali. hehe.

Penang dah berubah. tu kesimpulan yang aku buat selepas setahun lebih tak menjejakkan kaki ke sana. kalau dulu dari Butterworth nak pergi maktab kena naik teksi tapi sekarang dah boleh naik bas Rapid Penang yang bernombor 601 atau 604 tapi kena turun kat pekan Kepala Batas dulu then naik bas nombor 610 untuk pergi ke maktab. sebelum sampai ke maktab, aku nampak noodle station kat area Bertam. perghh, senang la kalau outing boleh makan kat situ. lepas tu, SBP pun dah buka. dulu masa aku sekolah kat situ still under construction lagi.

masuk je pintu pagar, lepas mendaftarkan diri kat pondok pengawal, kitorang decide tempat pertama yang mahu dituju adalah toilet kerana terlalu nervous. haha. tapi tak pergi pun. sebab nak dekat sampai foyer tu adik2 yang sama batch dengan kami yang sekarang dah form 4 dah nampak kelibat kami pastu pandang2. hee. dorang ingat lagi kat kitorang. terharu. ececehh.

mula2 mesti la pergi pejabat. jumpa cikgu Norsham. makin tembam cikgu add math ni. hehe. tapi kena tunggu kejap, so kitorang pergi koop dulu. makcik2 koop pun ingat lagi, tapi bukan ingat kat aku la. dorang ingat kat Khadijah sebab dia cun. hehe. pastu pergi DS a.k.a dewan selera. nampak la budak2 form 5 tengah bertungkus lumus jawab exam kat dewan. duduk2 kat DS, junior2 semua pandang2. haha. buat muka tak malu je la.

then jalan2, duduk2 kat foyer. jumpa cikgu Julia yang ajar chemistry. kemudian pergi pejabat balik ambil sijil. duduk kat situ lama2 sebab mahu rasa aircond. hehe. pergi jabatan bahasa dan sains tapi mostly ramai cikgu yang takde sebab jaga exam. jumpa cikgu Al-Hana, cikgu Suriyati, cikgu Syuhailawati, miss Wan Azlina and sir Rohaizad. pergi jabatan matematik dan sains sosial pulak. mencari kelibat ummi Che Som a.k.a homeroom aku tapi dia ada meeting. so jumpa cikgu Chempaka, cikgu Ummi, cikgu Suriza dan cikgu Shazwina.

dah penat jalan2, minum jap kat cafe. lepas tu nampak cikgu2 dah habis meeting. apa lagi, serbu la mereka. hehe. masa jumpa ummi macam buat jejak kasih pulak. syahdu je. haha. sebab aku tak contact dia langsung. jahat tak aku? heee. sampai dorang asyik perli je, mira mesti tak sabar2 nak jumpa ustazah. pastu nampak kereta ummi pun perli aku jugak. adehh. borak2 kejap pastu dia ajak datang rumah. yela, aku kan dulu rajin pergi rumah dia. hehe. tapi tak dapat datang sebab kesuntukan masa. huhu.pastu jumpa abi Shidi a.k.a homeroom angkat time ummi tengah busy dulu. dia still ingat kat aku. wahaha. "ni anak ustazah kan?" dia tanya. ewah2, terharu pula. hehe. borak2 dengan ustaz Mursyid sekali.

and lastly, jumpa papa Nabilah a.k.a homeroom dia iaitu cikgu Azmi yang terkenal dengan kegarangannya. tapi baik gler cikgu ni. anak dia nak masuk tiga. borak2 pastu cikgu ajak makan dengan dia kat DS. kitorang pun malu2 kucen. tapi takpe la kan, dapat save duit makan. hehe. masing2 rindu dengan sinki DS yang selalu bertakung dan nak makan guna tray. tapi kitorang makan guna pinggan je la sebab duduk meja warden takkan nak makan guna tray plak kan. time makan2 tu budak2 lain pun dok sibuk beratur nak amik makanan. then nampak Huda, adik homeroom aku. tapi Sharifah takde sebab dia pindah MRSM TGB. cikgu Azmi cakap dia nak balik KL petang tu. perghh awat cikgu tak cakap awal2 sebab kitorang dah beli tiket bas. huhu. kemudian cikgu cakap nak hantarkan sampai pekan. eh kitorang yang minta tolong sebenarnya. hehe. jimat duit lagi. terima kaih cikgu!

pergi surau tengok2 dah ada aircond. wahhhhhh. tapi pasang time maghrib je. awat tak pasang time zohor sekali. huhu. kat surau jumpa sorang lagi adik homeroom, Shakirah. pastu budak2 second batch pun ada yang kenal lagi. kalau yang third batch tu memang la tak kenal. hehe. but still bagi salam time jumpa. bagus2. pukul 2 cepat2 pergi DS balik sebab mahu tumpang cikgu untuk pergi pekan. cikgu pelawa nak hantar sampai KL tapi kitorang terpaksa menolak sebab segan la. hehe.

dah sampai pekan tu, bas plak lambat. adehh. dah la kitorang nak kejar masa sebab bas gerak dari Butterworth pukul 4. bas ni boleh plak berhenti turunkan dan ambil penumpang. adehh. sabar2. then sempat plak tidur dalam bas. hehe. penat gler kot, lenguh kaki jalan2 round maktab. kitorang sampai Butterworth pukul 3.45. perghh nasib baik sempat. pastu dalam bas pun tidur je kerja. haha. perjalanan lebih kurang macam dari Kuantan tapi jauh lagi la, tu yang asyik tidur je. bas berhenti kat Simpang Pulai. bleh plak jumpa Amirul Aiman. haha. kat maktab tak jumpa pun even dah nampak nama dia kat buku pelawat time kat pondok guard. dia nak rush kot. now dia study kat KMB. tahniah la ye.

sampai Shah Alam dalam pukul 9.30 malam. hantar Safiqah pastu singgah rumah abang aku kejap then terus balik. lenguh kaki dan penat tak payah cakap la. malam tu tidur lena je tanpa terjaga langsung. selalu aku terjaga dalam kul 2 0r 3 pagi. tapi ni dah penat sangat, so lena je la kan. tapi tiba2 ada mimpi tak best plak. haihh, mengerikan je. huhu.

it was a very great journey. berbaloi la walaupun tiket train agak mahal plus tiket bas yang melambung2 harganya. cikgu2 semua very supportive. <3

maaf dan terima kasih pada yang berkenaan. =)