05 October 2009

bace ni

ehem2.. post ni aku copy drpd blog mr. ikmal, lecturer kt cni.. tp dia x ajar kelas aku... sila la bace...hoho


Maxis dan Digi

September 15, 2009 in Personal, Undang-undang

Posting ini tiada kaitan dengan rangkaian telefon mana paling bagus atau sewaktu dengannya walaupun saya pernah memakai kedua-duanya sekali sebelum ke UK dulu. Cuma akronim dua subjek yang daku ajar semester ini MTC012 dan MTC016. Maka kali ini daku mahu berkongsi sedikit pengalaman dan nasihat pabila mengajar kedua-dua subjek prelaw.

MAXIS@MTC012#Introduction to Law 1

Subjek ni lebih fokus kepada falsafah undang-undang@jurisprudens. Kononnya nak jadi pengenalan la pada semua siswa siswi ni apa itu undang-undang dan kaitannya dengan pelbagai aspek. Memandangkan daku bukanlah datang dari matrik law maka tiadalah pengalaman daku melaluinya. Mulanya daku rasa subjek ini amatlah tidak sesuai untuk peringkat awalan ini memandangkan matrik undang-undang UIA pun Intro Law 1 mereka berkisar pada undang-undang kontrak dan tort. Bukannya ajar jurisprudens yang memang dahla dibenci oleh ramai pelajar undang-undang. Berat dan bosan. Tiada jawapan mutlak. Padan muka

Tapi setelah mengajar daku rasa bagus juga kalau awal-awal ni dah beratkan minda mereka dengan mini jurisprudens. (Ha Ha gelak jahat :P )Baru tahu bukan mudah belajar law. Sekurang-kurangnya asas tu dah ada walaupun berat dan sukar difahami. Mana taknya nak fahamkan law & rules, law & morality, law & freedom, law& justice, theories of law bukannya mudah. Nak lagi menghafal apa Aristotle fikir, Betham ulas, Austin cakap, John Rawls mengomel mahupun Stuart Mill membebel.

Sebenarnya subjek begini bagiku agak seronok sekiranya kita boleh memberikan contoh-contoh berdasarkan keadaan sekeliling. Itulah pengalaman ku belajar jurisprudens masa tahun ketiga. Seronok dan kalau ada kawan-kawan yang meminatinya boleh jadi seronok bila berbincang dalam tutorial. Tipsnya? Baca banyak surat khabar, majalah isu semasa, cuba sekali sekala berfikir luar kotak dan jangan takut memberikan pandangan. Barulah seronok bila faham. Sesiapa yang tidak berminat subjek ini bagiku mereka adalah malas berfikir. Lain kali jangan tidor dalam kelas atau bercakap ya. Menggunakan alasan bahasa Inggeris terlalu tinggi adalah sesuatu yang tidak wajar. Memanglah ‘legal jargon’ ni agak susah difahami tapi kan kamus ada? Yang penting kalian dapat menghuraikan dengan bahasa yang difahami pabila memahami konsep. Tak susah bukan?

Digi@MTC016#Intro to Malaysian Politics and Government

Lebih pada ulangan Sejarah Malaysia masa Form 5. Tapi entah kenapa ramai juga yang fail test berbanding maxis. Ni semua sebab tak baca lah kan. Cuma kalian kena lebih fokus pada kaitan antara undang-undang dan politik. Separation of powers, federalism, constitution, Westminster v Washington model of government dan sebagainya.

Yang penting kena baca buku teks untuk konsep dan surat khabar untuk idea dan contoh. Minat politik atau tidak kamu harus baca untuk subjek ini. Tidak ada tuisyen mahupun model jawapan seperti SPM. Haiyo ada juga belum biasa cara belajar di universiti. Takpa perlahan-lahan. Tiada jalan mudah untuk berjaya.

Dan sekiranya daku boleh saja melalui kesemuanya yang lebih susah dari ini dengan jaya maka para pelajarku juga harus begitu :D

Salam Aidilfitri dan Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir buat pelajar ASASI Undang-undang UiTM Kuantan ;)

No comments: